Wednesday, October 18, 2006

Jom Rafting (Sacramento Walla!!!!)


Jejak Ulangtahun :Didi Tekun Bantu Warga Desa

Sempena pelancaran blog, sukacita diumumkan penubuhan buletin rafting.Kolum khas diwujudkan sempena tarikh lahir warga rafting.Warga pertama selaku penghias kulit depan adalah Didi.Siapa Didi?
Abdul Hadi Mohamad atau Didi sememangnya seorang yg agak low profile.Namun di sebalik wajah mulus dan poyo itu, tersembunyi satu azam dan tekad yg jitu membantu warga desa di Malaysia mencapai kemajuan selaras Dasar Pembangunan Negara sementelah beliau bertugas di KKLW yg chanteq iteww.

Berasal dr Terengganu dan masih bujang.Beliau tidak menafikan telah punya teman istimewa.Katanya bukan teman tapi mesra tapi teman untuk bermesra.Walaupun cuba menyembunyikan identiti gadis yg bertakhta di hatinya, Didi tidak dapat mengelak apatah lagi setelah terkantoi dgn penulis sendiri di GSC Midvalley ketika menonton filem (filem apa tak ingat tapi bukan film Melayu occay).Tidak menafikan beliau telah bersedia menjadikan gadis tersebut suri hidupnya, namun masih menunggu sedikit masa sblm pengumuman rasmi dapat dibuat.

Menjawab soalan ttg perilaku beliau yg kebelakangan ini 'blur' dan lalok.Beliau hanya tergelak besar sambil menyatakan ini kerana penangan Dory yg pernah menumpang kereta beliau balik ke T'ganu satu ketika dulu."Sejak itu saya agak blur, mungkin kerana jangkitan secara langsung dr Dory" akuinya.Didi sekali lagi tergelak guling2 bila diajukan ttg imej terbaru beliau yg serabai spt baru keluar penjara."Awek Didi mmg suka Didi mcm ni, macho katanya"(penulis terpaksa ke toilet sebentar ketika dialog ini akibat menderita keloyaan).Sambung Didi dia enggan kelihatan spt budak hingusan (w/pun hakikatnya ye)."Walaupun saya baru 24, pemikiran dan wawasan saya mengalahkan JUSA tau"ujarnya separa kekwat.Didi menyimpan wawasan untuk berjaya dalam kerjaya PTD dan menyumbang sesuatu yg bermakna kpd negara.Beliau juga mengimpikan kehidupan berkeluarga yg meriah dgn anak2 sekurang2nya 12 orang..Wow!!

Semoga Didi terus berjaya dalam kehidupan dan diharap beliau tidak lupa diri bila telah berada di kemuncak jaya.Buletin rafting dgn ini mengucapkan Selamat Hari Lahir ke 24 kpd Didi

6 comments:

mohd_hanapi said...

sorry yer di...bila lagi nak kenakan member seopis kan....

cipunz sini said...

uittt ap..citer le skett..kenekan aper tuh? adakah masuk dalam gotcha hitz.fm morning crew??

mohd_hanapi said...

nolah...ambik gambar waktu perhimpunan bulanan kementerian tu heheheh

The Undertaker said...

Selamat hari jadi ye Didi, err Ayiem kirim salam!!!

Die pun wish hepi befday!

Carrie-Ma said...

di ksmpatng ning hadi aku sbg salah seorg warga senegeri dengang mung nk ucapkang selamat harijadi lah n time kasihla psl support aku shingga mnggunakang pribhs2 brkaitang dlm ucapang brmadah mung...hrp2 lps ni blur mung ilang la. malu weh ke org kg...

adi1679 said...

HAPPY BELATED B'DAY....SMLM X SEMPAT NAK WISH