Friday, November 17, 2006

Jejak Ulangtahun : Naopi Cambell & Tom Reida

Tak makan hati kau tgk nama2 vast cam model antarabangsa iteww?? Oklah, hari ni kita menyambut ulangtahun dua warga rafting iaitu Naopi Cambell a.k.a AP dan Tom Reida a.k.a Noraida Manap

Naopi Cambell : Cabaran bergelar model lelaki

Nama Naopi Cambell diambil sbg nama glams bersesuaian dgn title beliau sbg model (model apa tatau, underwear kot).Beliau mmg dikenali tampil hebat dan bergaya setiap masa hatta sblm tidur dan ke bilik air.Kecenderungan bergaya dgn jenama antarabangsa dan fesyen rambut yg pelbagai tidak pula menjadikan beliau bongkak dan kekwat tak tentu pasal(yerlah nak kekwat pun ada makna ker?).Naopi atau nama penuhnya Hanapi bin Hanipah ini selain terkenal bergaya hebat terkenal juga sbg artis sebuah kumpulan nasyid yg masyhur."I ni walaupun nampak moden, tapi tetap mementingkan ciri2 keislaman dalam amalan hidup, jadi walaupun I dapat offer join boyband Newboyz gantikan Tomok, I memilih bersama HAIRAN yg menyediakan hiburan berteraskan Islam" jelas beliau dgn penuh propa sekali.

Ditanya tentang soalan teman hidup, Naopi hanya membisu dan mendengus panjang."Jodoh pertemuan di tangan Tuhan, I mmg dah ready nak kahwin tapi tunggu masa yg sesuai, calon dah ada" ujarnya berterus terang tapi dlm nada terpaksa.Naopi menjelaskan buat masa ini kerjaya PTD di KKLW dan pentas peragaan menjadi fokus utama kehidupannya.


Tom Reida ingin bintangi filem Prof Razak

Tom Reida atau nama betulnya Noraida Manap merupakan jejaki yg mudah didekati.Dgn sifat manja tapi bersopan, tak heranlah beliau menjadi kegilaan pemuda2 di tempat beliau bekerja iaitu Bhgn Istiadat (ye ker?).Menjelaskan ttg nama glam yg dipilih, sambil tersipu2 malu beliau menjelaskan nama pangkal Tom dipilih kerana pelakon kegemarannya Tom Cruise, penyanyi kegemaran Tomok, pereka fesyen kegemaran Tom Abg Saufi dan permainan kegemaran tom tom bak makyong dedek, so dia pun letaklah nama Tom di pangkal nama.Asalnya Tom Reida ni pilih nama glam ni sbb apply berlakon filem Tomb Raider tapi dia kalah pd Angelina Jolie utk watak tersebut, jadi alang2 tak dpt berlakon dapat nama iras2 pun jadilah.

Tom Reida ni mmg minat berlakon dan pengarah kegemarannya adalah Prof Razak Mohaiden yg menghasilkan Nana Tanjung dan Cinta Fotokopi.'I suka uols,filem Prof tu sbb citer dia mudah dan tak berbelit2 lagipun org kan nak berhibur peduli apa filem berkualiti ke tak janji box office, teringin betul berlakon dgn dia" ujar beliau penuh harapan.Selain itu, beliau juga mengagumi Datuk Yusof Haslam,Z.Lokman dan Julie Dahlan."Tapi I takut uols berlakon dgn Kak Julie takut ada adegan pakai bikini tepi kolam, I nak mengekalkan imej manja tapi sopan uols"jelas beliau panjang lebar.

Tom Reida juga berharap rakan2 PTD supaya sentiasa beradab sopan dan berprotokol dalam kehidupan."Hidup istiadat untuk negara" ujarnya mengakhiri perbualan.

Buletin rafting mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada kedua-dua mereka dan diharapkan mereka sentiasa berjuang membela nasib bangsa demi Sang Saka Bangsa yg dicintai.

No comments: