Friday, November 03, 2006

Mari Jayakan Kempen 2 Jam 3 Jam



Ibu Bapa, Pastikan anak-anak anda mengulangkaji pelajaran sekurang-kurangnya.....

2 Jam bagi pelajar sekolah rendah , dan 3 Jam bagi pelajar sekolah menengah!!!!


Mesej ini disampaikan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah....

2 JAM 3 JAM

Anak-anak bermain api
Takut nanti terbakar diri
Kita tegur mereka patuhi
Untuk kebaikan sendiri

Begitu juga pelajaran
Ibu bapa diperlukan
Anak kita berkeliaran
Tidak diberi panduan

Nasib anak-anak kita
Tanggungjawab ibu bapa
Mari belajar bersama di rumah
Sehari dua, tiga jam

Tidak kira kecil dan besar
Walaupun jauh dari bandar
Jika kita tidak sedar
Masa depan kan pudar

Nasib anak-anak kita
Tanggungjawab ibu bapa
Mari belajar bersama di rumah
Sehari dua, tiga jam

Pembangunan jati diri
Persekitaran mempengaruhi
Perhatian harus diberi
Ibu bapa sendiri



GUBAHAN & LIRIK
Dato’ Wah Idris

9 comments:

mutakamil said...

Yo yo ooo jer

The Undertaker said...

eleh jeles lah tu, aku berbudi kepada penduduk luar bandar. Ko sibuk kenape!!!

mutakamil said...

Pian poyo, weols pun org luar bandar tau. Dinch perlu yo yo oo belajar 2-3 jam sehari dan canang serata alam tau muahahahaha.

Elleh, kau dulu pun studyy yo yo oo mcm tu ker.Propa je kau ni Pian..larikkkk.Tolong2, Pian pukul aku nnt tolong...

mohd_hanapi said...

hidup KKLW

The Undertaker said...

Tq AP, cayalah.
Hidup SPED!!!
Hidup AP!!!
Hidup KKLW!!!

mutakamil said...

Hah Pian, very the talam 4-5 muka. Sudeh..setakat kempen yo yo ooo dinch perlu lah uols

Adi Osman said...

mek takde la blaja sampai 3 jam dulu...tetap gak meletop SPM

Adi Osman said...

Dato Wah lagi katanya
Sume lagu dia buat. Kat Akademi Ternak Maknyah Antarabangsa ni pun dia gak yang buat. Jadi cam lagu Kuch Kuch Hota Hai

The Undertaker said...

ko tau kementerian kitorg bayar die RM16,000.00 buat lagu yang tak best tu. PAstu bayar Abidah Noor RM6,000.00 untuk nyanyikan semula lagu yg tak best tu. HAmpeh tul, baik suruh mamt yg reka lagu DPA dulu tu buat lagu 2 jam 3 jam. LAgi terangkat!!!