Meja hiburan Buletin rafting hari ini akan menyiarkan senarai top ten album Melayu pilihan sepanjang 2006. Pilihan ini adalah pilihan penulis sendiri, jika anda ada pilihan sendiri sila tinggalkan komen anda tentang album pilihan anda sepanjang 2006 untuk dikongsi dengan pembaca. Jom semak senarai di bawah
Album Pilihan Melayu 2006 (Malaysia dan Indonesia)
10. Naluri Lelaki – Samsons
Samsons, kegilaan terbaru dari Indonesia ini telah melancarkan album debut yang berjudul Naluri Lelaki. Sejujurnya, tiada yang terlalu hebat dalam album ini melainkan keasyikan dibuai melodi single hits Kenangan Terindah dan kerancakan irama single kedua Naluri Lelaki. Album ini mencatat penjualan yg cukup hebat di Malaysia dan Indonesia malah Samsons telah menyebat 5 award utama di Anugerah Musik Indonesia termasuk Album of The Year.
9. Whaddup…A – Agnes Monica
Sensasi dunia musik Indonesia dihangatkan dengan kemunculan album kedua bintang muda yg juga pelakon sinetron terkenal ini. Album menumpukan kepada lagu2 berentak dance, R&B dan pop progresif yang bisa buat anda berdansa. Namun, satu yang agak menjengkelkan adalah jeritan2 tidak perlu yang kadangkala ada termasuk dalam single hits Tak Ada Logika. Agnes juga terlalu ingin menjadi Britney Spears Asia seperti Tata Young menyebabkan keenakan vokalnya kurang dapat dinikmati kecuali pada lagu2 ballad seperti Tanpa Kekasihku di track keempat
8. Santai – Awie
Album ini menampilkan keistimewaan tersendiri kerana sebahagian lagunya dirakamkan secara live bukan di studio tapi dari bilik hotel Awana Porto Malai, Langkawi. Awie memberikan feel yang cukup baik dalam setiap lagu termasuk hit single Iris serta dua lagi single yang hit iaitu Mata, Hati, Jiwa dan Soalan Pada Alam. Awie turut merakamkan kembali lagu Bongkar dendangan asal Iwan Fals
7. Terlalu Istimewa – Adibah Noor
Setelah sekian lama hanya menyanyikan lagu orang, Adibah Noor yang memang berbakat besar telah melahirkan album yang sungguh istimewa berjudul Terlalu Istimewa. Vokal beliau mmg best dan memberikan nyawa pada setiap lagu. Cuma album ini dilihat terlalu rojak iaitu Adibah cuba menunjukkan kelebihan beliau dalam banyak genre lagu, hingga sukar untuk dikategorikan konsep album ini. Selain Terlalu Istimewa, lagu2 lain yang best adalah Zapin Cinta SMS (bersama Senario), Kelabu dan pada penulis yang paling vast adalah rakaman semula lagu Ikan Di Laut Asam di Darat yang mmg kelas susunan muziknya.
6. Inilah Jac – Jaclyn Victor
Album kedua juara MI Musim Pertama ini lebih baik dari banyak segi berbanding album debut Gemilang. Apa yg paling ketara adalah Jac tahu untuk meletakkan nada tinggi beliau yg superb itu pada tempat yang betul, jadi taklah kedengaran menjerit sangat. Cuma, album ini seakan kekurangan lagu yang benar2 mantap dan radio friendly seperti Gemilang dan Di Bawah Pohon Asmara dari album pertama Jac. Namun, cubaan yang baik dalam single pertama Cepat2 dan kini Jac mula popular dgn single kedua Ceritera Cinta duet bersama Rio Febrian dari Indonesia. Lagu lain yang best adalah Cinta Tiada Akhirnya dan Selagi Bertahan.
5. From Us To You – Various Artist (Indonesia)
Album ini merupakan album tribute untuk seorang lagenda hidup dalam dunia muzik Indonesia iatu Titiek Puspa. Album ini menggandingkan 10 artis2 terbaik Indonesia iatu Peter Pan, Rossa, Iwan Fals, Chrisye, Project Pop, Ungu dan Kahitna. Mereka masing2 menyanyikan satu lagu Titiek Puspa dlm versi sendiri dan satu lagu dinyanyikan secara beramai iaitu Marilah Kemari. Keistimewaan album ini adalah kita dapat mendengar lagu2 lama dalam versi yang lebih segar tetapi tidak keterlaluan. Antara yang best adalah Kupu2 Malam dari Peter Pan, Bimbi dari Ungu dan Hidupku Untuk Cinta dari Chrisye.
4. Republik Cinta – Dewa 19
Album dari band yang digelar genius muzik ini memang berbaloi dimiliki. Dewa bereksperimentasi dengan pelbagai genre muzik namun tetap dalam jalur utamanya rock. Lihat saja single pertama Laskar Cinta yang berbaur worls music, Sedang Ingin Bercinta yang kaya unsur dangdut dan Selimut Hati yang ada unsur pop 50-an. Dewa turut merakam 3 lagu Inggeris iaitu 2 lagu baru dan rakaman semula lagu I Want To Break Free dendangan asal kumpulan Queen.
3. Sang Pencinta – M. Nasir
Sifu muzik Malaysia melahirkan album terbaru setelah album terakhir Phoenix Bangkit pada tahun 2000. Kita seakan mendengar M. Nasir yang baru kerana tiada lagi lagu2 dengan falsafah dan muzik berat nusantara yang menjadi identity beliau selama ini. M. Nasir menjelajah setiap jalur muzik dan memberikan sesuatu yang segar lewat lagu2 yg bernuansa brit pop, broadway, folk dan blues seakan mengimbau zaman muzik beliau bersama kumpulan Kembara. Banyak lagu hebat seperti Juita Citra Terindah, Sang Pencipta, Vendeta dan 7 Nafas Lagi.
2. Transkripsi – Siti Nurhaliza
Biduanita muda ini melahirkan album ini sebelum bergelar Datin dan kemudiannya mendapat kurnia Datuk. Apabila berbicara mengenai Siti, sudah pasti tarikan utama adalah vokal beliau yg sgt fleksibel iaitu nada rendah dan tinggi yg sgt terkawal serta kemerduan yg mengasyikkan. Itu magis yg membuatkan lagu2 beliau sedap didengar. Album ini adalah kolaborasi 50-50 antara komposer Malaysia dan Indonesia dan ia ternyata berbaloi apabila masing2 memberikan yg terbaik untuk album ini. Siti sendiri mencipta dua lagu selain dua dari Melly Goeslaw yang menghasilkan hits single Biarlah Rahsia. Album ini turut mendapat sentuhan Glenn Fredly dan tokoh muzik terkenal Indonesia, Erwin Gutawa dan susunan muzik dari Aubrey Suwito melengkapkan keistimewaan album ini.
1. OST Heart – Various Artist (Indonesia)
Album Melayu pilihan 2006 adalah album dari soundtrack filem Heart. Single dari album ini yang satu persatu mendaki puncak carta lagu sudah menggambarkan lagu2 berkualiti yg terkandung didalamnya. Garapan Melly Goeslaw dan suaminya Anto Hoed nyata masih berbisa dan tidak keterlalun jika dikatakan ini adalah album soundtrack terbaik pernah dihasilkan. Menggandingkan hero dan heroin filem Heart iaitu Irwansyah dan Acha Septriasa selain Nirina Zubir. Irwansyah memberikan mood rancak pada lagu Pencinta Wanita dan Perempuanku manakala Acha sangat mengasyikkan dalam lagu Sampai Menutup Mata dan Berdua Lebih Baik. Ada juga lagu yg berentak pop klasikal dgn suara soprano dari penyanyi Christina. Duet My Heart dari Irwansyah dan Acha cukup berbaloi diputar berulang kali.
Ok, itu tadi ulasan 10 album Melayu Terbaik 2006. Nantikan ulasan untuk single pilihan pula selepas ini.
Wednesday, January 03, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tu dia daus, ko dh jd tokei album plak. nk celen aku ka? hahaha...ko dpt share ke ni tulun promote album dorang ni? kalo dh dpt komisen, jgn lupa open table tau...xpun, aku duk tngu invitation haousewarming ko n wife ni...hihi
Alamak CK, kau ingat lagi invitation aku tuh...waaa malunya.Sori la cuti sekolah lps weols tak sempat jemput dtg umah.La ni wife aku dah blk Johor semula.Takpe cuti sekolah akan dtg aku jemput k.
Jgn speku aku dpt apa2 dr ulasan aku tuh.Sbnrnya mmg dah lama aku minat nak wat ulasan2 album dan review filem.So nanti bila tak brp sibuk aku nak wat review filem2 baru yg aku tgk dan album br yang aku beli.Takdenya aku dpt komisen apa2, just sbb minat (motif, kau PSU ke wartawan hiburan?).Aku sendiri pun konfius dgn diri aku hahahahaha.
Post a Comment