Monday, January 15, 2007

Segmen Mari Membaca : "Wira Tak Didendang

Yes uols, hari ini mari kita sama-sama menyemaikan budaya membaca occay. Penulis ingin mengenengahkan satu buku yang anda boleh baca. Tajuk bukunya Wira Tak Didendang. Penulisnya adalah Zainudin Maidin yang lebih dikenali sbg Zam dan kini dah jadi Menteri Penerangan tempat Nik Yusanasini bekerja.

Oklah, maybe buku yang berkisar tentang sejarah akan jadi sedikit membosankan, namun sebagai warganegara yang prihatin sementalah Malaysia bakal menyembut Ulangtahun Kemerdekaan ke 50 tahun ini, eloklah kiranya kita menelusuri kembali jalan-jalan berliku yang dilalui sebelum kemakmuran yg kita kecapi hari ini.

Tidak dapat tidak, buku ini kelihatan sedikit berat sebelah dan berunsur propaganda kerajaan kerana latar belakang penulisnya. Namun secara keseluruhannya, tak banyak unsur propaganda kerajaan dan kalau ada pun taklah over sangat.

Bersesuaian dengan nama tajuk bukunya iaitu Wira Tak Didendang, buku ini cuba mengupas peranan yang dimainkan oleh beberapa individu dalam memastikan keamanan negara walaupun mungkin nama mereka kurang mesra di pendengaran kita. Buku mengenai kisah-kisah kemerdekaan mungkin dah banyak kita baca, tapi buku ini lebih menumpukan kepada usaha-usaha kerajaan mempertahankan kemerdekaan khususnya ketika ancaman komunis, konfrontasi dengan Indonesia dan perang dingin dengan Singapura yang akhirnya membawa kepada terpisahnya Tanah Melayu dengan republik tersebut.

Dalam mengupas kisah-kisah keganasan komunis, JELAS bahawa masih banyak mengenai perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) yang belum diketahui walaupun telah terbit beberapa buah buku mengenainya, termasuk memoir Chin Peng, My Side of History. Kita dibawa untuk melihat di sebalik perjanjian Baling, mengapa ada orang2 Melayu yang terjerumus ke dalam fahaman komunis dan bagaimana usaha belakang tabir tanpa jemu yang dibuat oleh Polis Cawangan Khas hingga akhirnya Parti Komunis Malaya dibubarkan secara rasmi dan gencatan senjata diisytiharkan pada 2 Disember 1989 di Hadyai. Rentetan peristiwa telah disusun mengikut kronologi dan kita akan lebih menghargai sumbangan pihak keselamatan dalam memastikan ancaman komunis dihapuskan sepenuhnya dari tanahair kita ini.

Mengenai konfrontasi dengan Indonesia, kita dibawa melihat bagaimana sifat tamak dan pengaruh komunis telah menyebabkan Presiden Soekarno hilang pertimbangan dan mengarahkan kempen ganyang Malaysia. Semangat besar beliau untuk melihat sebuah negara besar Indonesia Raya telah menghalalkan beberapa tindakan tidak berperikemanusiaan yang akhirnya bukan sahaja mengorbankan banyak nyawa rakyatnya sendiri malah menyebabkan akhirnya beliau sendiri jatuh dari tampuk pemerintahannya setelah dijatuhkan dalam keadaan terhina.

Kisah mengenai Singapura tidak banyak disentuh namun cukuplah jika disimpulkan tindakan Tunku membuang Singapura pada 1965 adalah tindakan yang paling tepat.Bayangkan, sebagai jiran pun songel mak neneknya banyak, kalau Singapura masih bersama Malaysai pasti hazabnya lagi lebih. Singapura meminta terlalu banyak dan sorry to say masyarkat Cina Singapura pada ketika itu tak dapat menerima hakikat mereka perlu diperintah oleh orang Melayu yg mereka anggap berada di bawah tapak kaki mereka sahaja.

Oklah uols, dah banyak penulis ngomelkan di ruangan mari membaca kali ini. So, anda semua harus luangkan masa membaca buku ini. Percayalah, tak banyak pun pasti akan ada terselit sikit rasa bangga dengan negara kita sekarang dan betapa kita sebenarnya terhutang budi dengan generasi terdahulu yang berusaha keras agar keamanan dan kemakmuran dapat dikecapi oleh generasi terkemudian.

P/s : Satu phrase yg baik untuk diingati, dasar kerajaan Tunku pada masa itu “Mengutamakan makanan bukan peluru, perumahan bukannya berek & pakaian bukannya uniform”.

4 comments:

yusanasini said...

Ewah..ewah...dah jadi pengulas buku la pulak adik dahuzz ni... Akak yg kat angkasawan pari2 ni pun tak tau kisahnyer pasal buku Datuk Seri Zam tuh...(nampak sgt salah sorang warga kementerian yg tak prihatin..)...Apa2 pun bila cakap pasal book review ni...sajer la nak citer sikit pasal KSU Kementerian Penerangan nih...Last year dia mintak semua pegawai P&P buat book review daripada salah satu buku2 yg dicadangkan oleh KPPA...tapi malangnyer hanyer dua org jer yg submit kat dia....hangin satu bdan ler KSU...sudahnyer dia decided gred 41 (in grouop) wajib buat review mengenai buku "360 degree leaders"...kwang3... kena submit kat dia by this januari.....hik..hik...hik... frankly say setakat ni tak der tak der saper yg amik inisiatif nak buat book review nih..(termasuk akak nih..)...tak koser ler...banyak keje lain nak buat..ingat kita ni dok kat opis goyang kaki jer ker... Hai igtkan dah habis kursus DPA tak yah buat book review....rupa2nyer ramalan ku meleset belaka.....Kalau adik dahuzz yg rajin ni ada kat kementerian ni..boleh ler tolong reviewkan...ahaks..

mutakamil said...

Akak Yus, tak baik tau malas2 tuhan marah :). Alaa akak, benda ni biarlah kita buat atas kerelaan kan, tak world ler paksa2 ni.Pasal book review aku tu, mmg aku suka baca benda2 mcm tu, so sajalah nak kongsi dgn kengkawan, jgn speku aku tadak keja tau, cabai mulut nanti...
Macam masa DPA, aku buat book review tu tak ikhals sbb dah dipaksa2 baca buku2 yg mcm mana.Kalau tajuk bebas ok gak.

p/s Akak, bila anak kau nak kuar?

nadzate said...

daus ko review kan buku bank aku bole?

mutakamil said...

Over tau, usaha murni aku dijadikan bahan lawak. Heii Edzyme, kalau nak review buku bank kau, syaratnya duit dalam tu musti 5 angka ke atas dan komisen utk aku 50% dari nilai tersebut.