Thursday, January 18, 2007

Segmen Mari Menilik : Anugerah Juara Lagu 21

Yes uols, hari ini kita akan cuba menjadi tok nujum dengan menilik ye. Tapi takdelah nak menilik benda2 besar macam adakah gelombang banjir ketiga akan melanda… choiii!!!!Itu semua kuasa Allah ye tak. Ni haa korang tau Anugerah Juara Lagu? Kalau tak tau detail pun sikit2 musti tau kan, kalau tak tau baik korang pindah duduk Papua New Guinea occay.

Buat pengetahuan korang, Anugerah Juara Lagu tahun ni dah masuk penganjuran ke 21, kalau anak orang, sudah boleh mengundi, kahwin dan beranak pinak katanya. Seperti biasa, ada 3 kategori akan dipertandingkan iaitu Etnik Kreatif & Irama Malaysia, Balada dan Pop Rock. Majlis ni akan berlangsung Ahad ni kat TV3 dengan slogan “Rentak Kita Rentak Dunia” tak sujud kau?.So, sebagai entry buang masa, aku nak menjadi nostradamous dengan cuba meramalkan sapa yg menang. Apa kelayakan aku?Takde kelayakan, saja je buang masa kuang kuang kuang.

Kategori Etnik Kreatif & Irama Malaysia

1. Candak

Artis - Siti Nordiana
Lagu - Pak Ngah
Lirik - Lokman Ghani

Secara peribadi, aku dengar lagu ni sekali dua jer. Nak kata tak sedap, sedaplah jugak tapi macam takde kelainan. Pak Ngah ni pun kalau kat Siti Nurhaliza bagi lagu best2, tapi kat artis lain setakat buleh dengar jelah. Memetik kata Hamidy Kabereter “ Masa ni hakim bulehlah tidur kejap” hik hik. Sesapa leh bagitau apa makna Candak?

2. Hantaran Hati

Artis - Bob & Aspalela Abdullah
Lagu - Nik Nizam
Lirik - Rosminah Tahir

Lagu ni masa semi final tu, pertama kali le aku dengar. Lagu ni mungkin jadi sedikit sentimental sbb penyanyi asalnya Rosiah Chik dah takde. Masa dengar kat semi tu sedap jugak. Lagu ni mempunyai lirik dengan bahasa yang indah. Suara Bob pun bagus, Cuma Aspalela tu cam semput2 sikit nyanyi, sudah kertu katanya.Lagu ni lebih baik dari Candak pada pandangan aku.

3. Warkah Buat Laila

Artis - Zahid
Lagu - Ayob Ibrahim
Lirik - Habsah Hassan

Secara peribadi, inilah lagu pilihan aku. Lagu ni jarang dimainkan di radio tapi dah menang dua award grand iaitu Lagu Terbaik AIM & Lagu Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik. Lagu ni adalah lagu tema filem Qaisy & Laila yg dinch laku at all itu.Bersesuaian dengan tem AJL, layakle lagu ni yang menang kategori ni sbb rentak nya world music dan mempunyai lirik yang mendalam maksudnya. Penyampaian Zahid pun bagus, dan aku rasa sebenarnya dia ni 10x ganda lagi bagus dari Mawi..motif kaitkan dgn Mawi???

4. Zapin Cinta SMS

Artis - Senario & Adibah Noor
Lagu - Anuar Dahalan
Lirik - Anuar Dahalan

In the 1st place, perlu ke lagu ni masuk final? Nampak sgt ada unsur kronisme. Nengok Wahid yg over cam tak cukup sifat tu mual sgt tau. Tapi lagu ni takle buruk sgt. Rentaknya best, liriknya ada unsur komedi yg menarik tapi kurang sesuai masuk pertandingan, untuk show funfair kat umah Pian sesuailah, matilah aku larikkk!!!

So pilihan mengikut ranking :
1. Warkah Buat Laila
2. Hantaran Hati
3. Candak
4. Zapin Cinta SMS

Kategori Balada

1. Ku Seru

Artis - Misha Omar
Lagu - Ajai
Lirik - Shuhaimi Baba/Habsah Hassan

Ini lagu tema filem Pontianak Sundal Siang Malam ooppps Pontianak Harum Sundal Malam, suker syasyul2 pagi2 ni. I don’t know apa yg tak kena dgn lagu ni. Aku just kureng berkenan, terutama bila membayangkan Misha Omar nyanyi hentak2 kaki dan meracau2 atas pentas, nightmare lah uols. Mungkin kalau nak nyanyi mcm tu Misha buleh jadi duta rumah2 hantu dan berpuaka. Lagu ni mmg pengisiannya direct kpd jln citer filem, so sesapa yg tak tengok filem akan termangu2 apa motif lagu ini.

2. Mungkir Bahagia

Artis - Hazami
Lagu - Hazami
Lirik – Ita

Hazami maybe jd feveret sbb dia ada menang besar jugak thn lps. Lagu ni intronya menarik, nampak klass, tapi bila masuk chorus sgt ratapan bangsawan lah uols. Mengantuk2 tau bila dengar korus dia, ditambah dgn suara Kak Mimi yg cenggitu. Tapi ramai gak yg suka lagu ni. Lirik dia puitis ler jugak, tapi aku kurang minat lagu ni.

3. Secebis Harapan

Artis - Nora
Lagu - Zulkifli Mahat
Lirik – Noor

Sorry le ek, kategori balada ni byk lagu yg aku tak sukalah uols. Lagu ni pun sgt ratapan bangsawan lah. Muzik dia dgn iringan piano dan strings tu menarik tapi ntah, kureng menjadi di pendengaran aku. Nora ni plak nyanyiannya terlalu teknikal, mende dia ngomel kat intro lagu tu aku tak dengar sepatah haram, tulah teknikal sgt katanya. Tang menjerit2 tu sukalah dia, mujur tak tercabut tekak tu.

4. Terlalu istimewa

Artis - Adibah Noor
Lagu - Azlan Abu Hassan
Lirik - Adibah Noor

Yes, inilah lagu pilihan aku. Melodi, lirik dan nyanyiannya just perfect. Feel yang diberikan oleh Adibah Noor menjadikan lagu yg nampak simple ni jadi merdu. Pian, kau kena sokong lagu ni sbb dia kan penyanyi lagu tema program Kementerian kau iteww hik hik. Tapi betul, serius, lagu ni mmg best.Adibah Noor ni nyanyi tinggi jugak tapi takdelah over cam Nora @ Misha tu. Ditambah dgn hakikat Adibah Noor ni selalu jugak muncul kat iklan2 TV3, harapan lagu ni nak menang agak cerah( matilah speku)

Pilihan mengikut ranking :
1. Terlalu Istimewa
2. Secebis Harapan
3. Mungkir Bahagia
4. Ku Seru


Kategori Pop Rock

1. Diari Seorang Lelaki

Artis - Pretty Ugly
Lagu - Neves
Lirik - Neves

Lagu ni menarik didengar tapi setakat tu jelah, nak masuk bertanding cam tak sesuai je. Yelah Pretty Ugly ni kan suke wat lagu pelik2. Lagu ni pun pelik tapi muzik dia best, citer lagu ni pasal diari harian sorang lelaki, sapa lelaki tu? Ntah, Bikini Bottom kotJ

2. Juwita Citra Terindah

Artis - M Nasir
Lagu - M Nasir
Lirik - M Nasir

Kalau ikut trek rekod, M. Nasir jarang pulang tangan kosong. Kalau dia menang, hamik kau 25,000 solid utk dia jer, sbb lagu lirik nyanyi summer dia. Tak mcm sorang penyanyi tu, kalau nyanyi bawak 3 batalion penari, pastu menang persembahan terbaik 10,000 sajork, mana nak bayar penari, pemuzik hik hik.Lagu ni best. Nak kategorikan apa ntah muzik dia ni, tapi sedaplah kan lagu dia?

3. Lagu Jiwa Lagu Cinta

Artis - M Nasir & Mawi
Lagu - M Nasir
Lirik – Loloq

Lagu ni pop,rock campur irama 60-an iaitu pop yeh yeh. Mmg kreatif dan menarik di pendengaran tapi akan lebih sedap kalau bukan Mawi yg nyanyi (matilah emo & diskriminasi). Yes uols, nyanyaian Mawi flat sgt takde lenggok2. Kita takkan mengesan ketidakbestan suara Mawi hingga masuk suara M. Nasir, bila masuk sora sifu jer tenggelam sora Mawi. Tapi mengenangkan peminat Mawi yg ramai dan maha fanatik iteww, TV3 rasanya akan bagi lagu ni menang jugak. lagu ni pun dah menang kat Hits 1 jeng jeng jeng hari tu.

4. Tak Tercapai Akalmu

Artis - Elyana
Lagu - Aidit Alfian
Lirik - Ad Ahmad

Ada ramai jugak pertikai kelayakan lagu ni. Pada aku lagu ni ok, ada unsur Indonesia punya muzik skit. Lirik dia bagus pasal sorang gadis yg nak kekal dengan prinsip dia walaupun dihasut oleh pakwe dia supaya persetankan prinsip tu.Prinsip apa tatau yg pasti bukan Prinsip Akaun lah ye adik-adik. Yg agak merisaukan adalah sora budak Elyana ni. Dia ni yg skrg ni dah gemar fesyen tak berkasut suker benar nyanyi melompat cam Avril Lavigne tapi suara pastu tercungap2. Kalau dia buleh maintain sora dia mmg lagu ni akan jadi lagi hebat.

Plihan ikut ranking :
1. Lagu Jiwa Lagu Cinta
2. Juwita Citra Terindah
3. Tak Tercapai Akalmu
4. Diari Seorang Lelaki

Persembahan Terbaik :
Bergantung kpd show artis mlm tu nanti. Mujur dah takde SMS, kalau tak kokak, sumbanglah mcm mana pun budak botak tu nyanyi, musti dia yg menang.Kak Ani pun takde, Abg Zainal ular pun takde, so tak taulah sapa yg nak wat gimik2 hebat tahun ni.

Vokal Terbaik :
Org slalu cakap kategori Balada leh menang vokal tapi thn lps Hazami menang dr kategori Pop Rock. Ramalan aku Adibah Noor. Dia nyanyi sedap, tak berlebihan dan penuh feel.

Ok lah uols. Panjang ngomelan aku. Diulang ini entry buang masa sajork, takde kena mengena dgn sesapa.Tiada sebarang upah dibayar oleh artis @ TV3 occay. So guys, enjoy the show Ahad ni.Chow chin chow…..

3 comments:

The Undertaker said...

Betullah daus, kalau ade undian sms mesti la budak botak tu yg menang. Takpun mana2 artis realiti tv yang tah ape2 ntah tu la yg menang.

Macam mana Daniel bole menang Malaysian Idol ni????

Amirul???

Pening-pening.........

mutakamil said...

Tu la Pian. Daus rasa baik Pian masuk realiti TV Gang Starz, Pian kan ada grup vokal yg Pian kata best tu, grup apa tatau:)

Daniel tu memang bermimpi jelah nak top mcm lagu dia bertajuk Mimpi tu.Amirul tu plak, koser nengok berlagak comel, ko ingat ko chanteque mcm Bikini bottom??

Eh apa ko carutkan realiti TV ni? Kita bincang pasal AJL ler Pian, taulah ada Astro kat umah

yusanasini said...

wah...hebatnyer ramalan u.... hampir 100% tepat... ..wah boleh jadi ahlil nujum ler lps ni...

p/s...hmmm..ok ler yg menang tahun ni...