Wednesday, January 31, 2007

UNDERTAKER JUARA ROYAL RUMBLE 2007!!!


28 Januari 2007 – The Undertaker membuktikan bahawa beliau masih gagah dan berbisa dengan menjuarai Kejohanan Royal Rumble buat kali pertama sepanjang karier beliau di WWE pada hari Ahad yang lalu. Kemenangan pada Kejohanan tersebut bermakna beliau telah diberi hak untuk bertarung dengan samada juara Smack Down, Batista, atau juara ECW, Bobby Lashley ataupun juara RAW, John Cena di Wrestlemania 23, pada bulan April nanti.

Kejohanan Royal Rumble yang diadakan tiap tahun itu menyaksikan 30 orang penggusti yang mana 10 peserta daripada ECW, 10 lagi dari RAW dan 10 lagi dari Smack Down. Antara penggusti yang terlibat ialah Randy Orton, Shawn Michaels, The Great Khali, Viscera, Edge, Johnny Nitro, Shelton Benjamin dan ramai lagi. The Undertaker yang tampil sebagai peserta terakhir telah menumpaskan bekas johan Royal Rumble 1995 dan 1996 Shawn Michaels. Antara penggusti2 yang pernah memenagi kejohanan Royal Rumble adalah seperti Stone Cold Steve Austin, The Rock, Hulk Hogan, Ric Flair, Yokozuna, Batista, Rey Mysterio, Bret Hart dan Lex Luger.

The Undertaker merupakan seorang penggusti veteran yang telah membuat kemunculan pertama di WWE (formerly known as WWF) pada tahun 1991 bersama bekas pengurusnya Paul Bearer. Beliau telah menjuarai talipinggang juara dunia sebanyak 2 kali. Semenjak kemunculan beliau di WWE, beliau telah berlawan dengan ramai jaguh-jaguh yang kuat seperti The Ultimate Warrior, Hulk Hogan, Shawn Michaels, Stone Cold Steve Austin, Yokozuna, Giant Gonzales, John Cena, Kane, Jake Roberts, dan ramai lagi.

Perlawanan-perlawanan lain di dalam kejohanan Royal Rumble yang lalu :

Hardy Boys kalahkan MNM
ECW Champion Bobby Lashley kalahkan Test (Countout)
World Heavyweight Champion Batista kalahkan Mr. Kennedy
WWE Champion John Cena kalahkan Umaga
Undertakerr memenangi Perlawanan Royal Rumble

Maklumat lanjut, sila layari www.wwe.com

No comments: