Friday, May 18, 2007

Lena Diulit Intan (Wilayah Timur - INSTIM)



Barangkali cerita ni dah agak basi, sebab berlaku 2 minggu lepas! Tapi sebab nak menulis jugak, aku tulis laaa. Dah blog aku kan? Suka hari la aku nak tulis pasal apa pun. Ye dak?

This time, nak cerita pasal pengalaman aku ke PAC INTIM. Kalau 2 minggu sebelum tu aku ke INTURA, kali ni sireh pulang ke gagang. INTIM, tempat jatuh lagi dikenang ni pula tempat aku buat PAC sebelum jadi Pegawai Tandas Dewan (ni istilah kat kaunter pertanyaan di Parlimen....kan Kak Jaja kannnnn?)





Since INTIM ni dok tengah2 antara Kuantan dan Kuala Terengganu, I’ve decided to fly to Kuantan, overnite there and the very next morning aku ke INTIM (sebenarnya tengahari....si Rufasla bawak aku jenjalan kat Kontan dulu). Perjalanan ke INTIM macam biasa la kan, lalu jalan yang sunyi sepi. Ngerun pun ada (ngeri campo gerun). Check-in. Kali ni dapat Blok Eksekutif. Ala2 resort la, mengadap laut. Best oooooo...(patut laaaa Gina Marna suka dok kat INTIM).

Bila masuk bilik taklimat, tu diaaa..kawan2 seperjuangan 0204 ramai la jugak. Ada Helmi, Jambu, Kak Eton, Idawa, Rufasla and of course bintang pujaan ramai Wong Bomba. Taklimat petang tu, kali ni JPA dah deploy terlebih fasilitator. Nampak gayanya ada yang fasi berkongsi bilik aktiviti la tu (pada firasat aku la konon). Sudah waktu taklimat tu, rupanya ada pulak cerita menarik. Ala2 rancangan Fake It laaa. Awal2 lagi urusetia dah warning ada fasi yang akan memakai number sebesar alam untuk duduk dengan peserta.

Muka fasi2 yang berwajah keanak-anakan ni masing2 dah berubah, ye la takut kena pakai number. Aku rasa kalau sapa2 yang jenis sekali je selection process masuk PTD ni, dah tobat takmo buat dah. Aku pun sama la kisahnya.

Malam tu, lepas kembung aku makan sata kat tepi pantai tok mak nik, pegi la tengok schedule (perasan jadi crew tengok flight info la pulak), sudahnya nama aku takde dalam list. Sah2 laaaaaa kena pakai number plet tu la kot. Tanya urusetia, sah! Kerja aku kali ni memakai number sebesar alam itu dan menjalankan aktiviti sama macam calon2 PTD yang datang. Terima je la seadanya. Lillahi Taala....(kan Helmi kannnn?)



Aktiviti pertama, dengan muka seposen aku masuk lewat dalam bilik yang diassign. Semua calon pandang semacam je. Mana idaknye, dalam dewan taklimat ada 204 je calon. Tetibe ada peserta pakai number 206! Berasap la aku menjawab soalan dari kawan2 peserta sekelian. Ilmu auta kena la mahir. Ahaks. Well, from the activities done, boleh la aku rasa kembali apa yang aku rasa dulu. Tapi kali ni panas la sikit pasal aku provoke banyak. Siap gado dengan calon sorang tu. Hahahaha...

Dan aktiviti2 terus berjalan dengan sempurna sampai la aktiviti kedua terakhir, larian 2.4 km. Dengan badan sebesar tong dram ni, aku gagahkan jugak la berlari. Hajat awal2 nak lari heret calon2 yang terkebelakang, tapi sebab aku fedap...aku lari je la sorang2. Belasah je. Koman2 aku lepas la jugak di bawah masa yang ditetapkan.

Hmm...keseluruhan, aku rasa seronok sangat. Bukan pasai pa, pasai dapat buat balik aktiviti tu. Dapat jugak aku selam perasaan calon2, PTD wannabe tu. Sempat aku tanya reason depa nak jadi PTD. Perhatikan gelagat, most important pada aku, apart from brain and paper, grooming and ethics should come together! Again, grooming and ethics! Rasa jugak la kena marah dengan fasi pasal langgar peraturan. Hahaha....

Pesan aku kat semua PTD wannabe, jadilah diri sendiri. Jangan dok plastik sangat dalam bilik aktiviti. Sah2 la waktu makan semua true color terkeluar. Yang lentik, terover lentik, yang poyo, terlebih poyo. Ewwww...dah la tu, untuk calon2 semua, selamat berjaya dalam PAC ni. Harapnya dapat la apa yang dicita-citakan selama ni. Amin...

1 comment:

Carrie-Ma said...

wahai mr.tariq, tang mana jalan intim tu yg ala2 seram tuh? cek ni sebulan skali duk lalu tang tu, blk kg. tak rasa apa pon...

tp bezz arr hang dpt pekena budak2 tu ye...