Wednesday, June 06, 2007

sesekali...

Assalamualaikum,

Sunyi benar blog kita ini kebelakangan ini ya. Sesekali tertanya-tanya juga ke mana gerangan kawan2 yg selama ini menghiasi dan mewarnai blog ini...hmmm...sesekali terfikir mungkin kalian sibuk dengan tuntutan kerja atau peribadi. Sesekali termenung mengenang betapa masa begitu pantas berlalu. Minggu ini aku di Terengganu menghadiri Kursus Buku Vot. Sesekali terfikir bukankah dulu aku sudah pernah didedahkan dengan topik ini sewaktu DPA ( @ PDA???) dulu. Aku berfikir sejenak sebelum menerima tawaran untuk menghadiri kursus itu. Memori lebih setahun yang lalu kuimbas. Aku mengambil keputusan untuk hadir kerana ternyata aku lena diulit INTAN sewaktu sesi tersebut. Arghhhh, bukan aku saja begitu. Teman2 yang lain pun sama sahaja. Ternyata konsep ringan sama dijinjing, berat sama dipikul begitu utuh dan jitu dalam semangat kami. Begitu juga, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh...

Apalah yang aku melalut ni. Tapi kesepian malam benar-benar membuat aku berfikir. Sudah agak lama tidak menjejakkan kaki ke Kuala Terengganu walaupun aku sering pulang ke kampung kerana kampungku sebenarnya terletak lebih kurang 1 jam perjalanan dari Kuala Terengganu. Kalaupun aku sempat ke K.Trg, aku tidak sempat berlegar-legar dan mengenang kembali suatu tempat yang pernah aku diami selama lebih kurang 3 tahun. Atau perkataan 'mendiami' tidak sesuai dalam konteks aku ini kerana sebenarnya aku tinggal di asrama dalam tempoh 3 tahun itu. Kali ini aku rasa berbeza benar. Berpeluang berjalan kaki menelusuri kembali jalan2 yang pernah dilalui dulu seolah2 mengembalikan nostalgia perjalanan hidup yang pernah dilalui dulu. Entah kenapa hati ini tiba2 merasa sayu memandang pagar sekolah agama itu atau lebih tepat SMU Sultan Zainal Abidin. Kebetulan hotel yang aku duduk terletak tidak jauh dari sekolah itu. Aku berdiri memerhati bangunan2 yang suatu masa dahulu pernah menjadi tempat aku menimba ilmu, dewan tempat perhimpunan, bilik guru, perpustakaan, asrama... Sayu, itu perasaanku. Masih terbayang2 hari pertama menjejakkan kaki ke situ...

Hampir setengah jam di situ, pelbagai perkara bermain dalam benakku. Alhamdulillah aku bersyukur kerana menjadi 'orang'. Malah aku bersyukur dengan setiap jalan yang telah aku lalui. Perjalanan yang dipilih oleh aku sendiri. Aku tidak tahu apakah yang bakal mendatang. Akan tetapi, aku benar2 pasti bahawa Allah tidak pernah menganiaya hambaNya. Setiap detik yang aku lalui, setiap jalan yang aku tempuh adalah platform yang telah disediakan bagiku untuk menghadapi hidup ini...

Sesekali terfikir jua betapa masa begitu pantas berlalu. Meninggalkan kita dengan pelbagai memori, suka duka, asam garam kehidupan. Yang pasti semua itulah yang mendewasakan kita semua, mengajar kita agar menjadi lebih tabah dalam hidup ini....

Semoga kita tabah menghadapi hidup ini....

4 comments:

Adi Osman said...

tudiaaa

ck wat ayat jiwang nohhh?

tu la budak2 ni sibuk banget kot, slalu ada gak komen2 kat sini, tapi la ni nan adoooo

mutakamil said...

A'ah laa CK. Jiweng sgt ayat kau. Aku kat tpt baru ni bilik pun tadak, so nak online slalu payah skit w/pun slalu gak aku redah jer hihk hik.

CK, aku kna gi kampun mung Kuala Terengganu 25-29 ni. Mung kalau ada kat kampung masa tuh leh la bawak aku jalang jalang

nadzate said...

daus.. jalang-jalang ? mung pergi jadi jalang2.. atau mung pegi jalang2? jalang-jalang cari makang ke jalang-jalang makan2?

mutakamil said...

Perlu ke I jalang? Mak tak koser.Mak dah tobat, xklusif utk yg telah memiliki diriku secara sah sajork katanya..bley??