Friday, October 20, 2006

Jejak Ulangtahun : Byze Oora bintang futsal wanita DPA


Byze Oora masa berumur 5 tahun.

Walaupun telah menjelang syawal Buletin Rafting tetap menjalankan tanggungjawab menyiarkan artikel sempena ulangtahun kelahiran. Sebenarnya Byze Oora atau mesra disapa Bye menyambut ulangtahun kelahiran ke 25nya esok. Memandangkan ramai akan bercuti, artikel ini disiarkan sehari lebih awal.

Beliau seorang wanita muda yg low profile tetapi menyengat.Kehebatan beliau di gelanggang futsal pernah memukau setiap mata jantan semasa DPA lalu.Sekiranya penerbit filem Gol dan Gincu menemui beliau, nescaya watak Puteri yg dibawa oleh Fazura selayaknya dipegang oleh beliau.

Baru mendirikan rumahtangga.Wanita yg terkenal dgn tahi lalat di bawah mata ini semakin menyepikan diri dari sinaran lensa dunia glamour kerana menumpukan perhatian pd suami tersayang.Apabila ditanya adakah tidak ralat meninggalkan gelanggang futsal di saat nama memuncak.Katanya melayan suami adalah kerja yg maha mulia dan memberikan pengalaman yg hebat..Wow!!

Sempena Syawal yg mulia nanti, Bye akan meniti pengalaman baru beraya bersama suami tercinta.Katanya"I tak kisah raya kat mana pun janji laki I ada di sisi menemani".Bye juga mengucapkan salam Syawal terutamanya utk kawan qaribnya iaitu Ikky dgn ucapan "kawinlah cepat, best tau kawin"

Buletin rafting mengucapkan Selamat Hari Lahir ke 25 kpd Byze Oora walaupun awal sehari.Semoga beliau bahagia di samping suami tercinta.

3 comments:

mutakamil said...

Err, sapa ada gambar Bye, upload le kat arttikel ni.Kalau dia tak baca informkanlah ada artikel utk dia.Suruh dia join blog k..

The Undertaker said...

dah, aku da postkan gambar bye masa kanak2. Dia da join da pun, nick die Gmie-Nor.

mutakamil said...

Hik hik Shin Chan bertukar jantina katanya.Baizura, kalau kau baca artikel ni, jelma-jelmakanlah diri kau di blog supaya gambar sebenar kau dpt di upload.Low profile btul kau skrg...