Friday, October 06, 2006

Kaedah untuk buat posting

Ting tong....(ala2 dalam kapal terbang la plak - Ya la ajax aku otstesen pi JB je, tpt lain takde dah)

Tuan-tuan dan puan-puan, sebagai langkah keselamatan kami akan menunjukkan cara-cara untuk kawan2 yang rabun, tak nampak jalan untuk post atau pun yang mengalami sindrom Dorysme. Sila rujuk panduan di bawah untuk keselesaan anda membuat posting.

1. Sila layari www.blogger.com
2. Log in menggunakan akaun yang telah anda daftarkan
3. Sekiranya berjaya log in, anda akan melihat dashboard dan di situ akan terpapar nama blog. Klik pada perkataan new post untuk mengepos sebarang item @ artikel.
4. Buat posting seperti biasa, sebagaimana anda compose email di dalam akaun masing-masing. Walaubagaimanapun, untuk mengelakkan sebarang ketidakselesaan di kalangan para pembaca, anda dinasihatkan untuk memastikan posting anda itu adalah posting yang benar layak untuk dibaca oleh semua ahli. (kalau setakat resipi masakan...buang karan je laaaa....)
5. Setelah selesai posting, klik pada kotak berwarna oren "Publish Post", dan posting anda akan tertera di dalam blog ini dalam beberapa ketika.

Sila ambil perhatian pintu-pintu kecemasan yang berada berdekatan dengan anda. Anak-anak kapal kami bersedia membantu anda sekiranya anda menghadapi sebarang kesulitan.


Kami berharap blog ini akan memuaskan hati anda dan terima kasih kerana memilih blog rafting-B.

7 comments:

The Undertaker said...

apa lak naik kapal terobang ni tariq, naik whaler la. Kan rafting ni.

p/s : begitulah penerangan oleh Guru IT bertauliah poco-poco. ewaahhh, nice a**.....

A f f e n d i O s m a n said...

wahhhhhhhhhhhhh sudah pink kaler blog ini...

mak sukaaaaaaa

bikini bottom said...

TARIQ.. CAM NER NAK LETAK GAMBOR KAT PROFILE EKK?? APA KEBENDENYE url TU ?? CUBA KO TOLONG CRITE SKIT KAEDAH-KAEDAH UNTUK MASUKKAN GAMBAR KE PROFILE PLAK...

p/S : TENGOK KALER PINK NI TERINGAT CITA-CITA MAK AYAM NAK KALERKAN WHALER SYDNEY ROTHMAN MASA KAT OBS TU..."BAPUK...BAPUK.. BAPUK..."

daus said...

Sudah pink colour katanya very the Colours Of Rangoli.Sempena Deepavali kot ek.....

mohd_hanapi said...

nie sumer pian punyer hal...dah macam2 warna ap pilih at last warna tu gak yg dia minat...so...sorrry k...nanti ap tukar lain plak...dia kata (pian) nak warna yang vibrant ...hehehhe

The Undertaker said...

biar la ceria sikit AP blog kite, ala-ala Barbie. kan ke pink ni kaler faveret Tariq.

A f f e n d i O s m a n said...

Untuk ajax dan yang lain-lain

Kaedah untuk meletakkan gambo kat profile.


1. Sila masuk ke www.blogger.com
2. Sign in dan anda akan lihat dashboard blog.
3. Lihat ruangan paling kanan dan sila klik edit profile.
4.Anda akan dibawa ke edit user profile. Cari ruangan photograph, dan add photo di ruangan yang disediakan.
5. Bagi yang tiada host untuk letak gambar, dapatkan satu host seperti flickr, tripod ataupun blogspot.
6. Copy link yang tertera di komputer anda ke ruangan yang disediakan.
7. Selesai

p.s Ingat, gambar tak boleh besar sangat. Nanti kena reject.