Tuesday, October 17, 2006

Ucapan Pengerusi - must read!!!


Pesanan Pengerusi Blog Kesayangan Korang Semua

Pertamanya, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada ahli warga Rafting B yang baru menjengah dan menjadi penghuni terbaru blog ini. Selamat Datang!!! Semoga kita semua dapat berkumpul dan berkongsi idea, suka duka, pandangan, dan ape2 saja yg boleh memberi manfaat kepada semua. U r welkam, vanakem.

Keduanya, kepada warga2 yang bukan sidang B pun adalah dijemput untuk menghuru-harakan atau memeriahkan blog ini. Untuk makluman semua, blog ini dibuat adalah bagi memudahkan komunikasi antara kami semua dan tidak lebih dari itu. Understand???
Buktinya, pada malam tadi kite telah berjaya menganjurkan satu program Iftar hasil dari
kesepakatan semua berbincang dan menyampaikan maklumat menerusi blog ini. Tahniah semua.

Ketiga, memandangkan hari raya semakin dekat. Dan ada juga rakan2 yang sudah plan nak balik awal, contohnya Karimah. Sebelum terlambat, sebagai wakil moderator blog ini, saya menghulurkan sepuluh jari memohon maaf sekiranya ade terkasar bahasa mahupun perbuatan. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua warga B dan seluruh rakan2 seDPA 2/2004. Kepada Preshanan, Amutham, Ajitpal dan lain2 yang beragama Hindu, Happy Deepavali. Jgn makan maruku byk2 ye, nanti kena Diabetis.

Akhir kata, cuti-cuti jugak. Jangan lupa buka Blog, kot2 ade sape2 nak war2kan Open House ke. Bole kite serbu ramai2.

Pegi Ke Jalan TAR nak beli Baju Raya,
Balik rumah dengar lagu Zapin,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.


Yang Benar,

The Undertaker

6 comments:

Carrie-Ma said...

(terpinga2)...bile mase plak aku trpecah rahsia kt pngrusi blog nk blk awal raye nih? hmm...

The Undertaker said...

aku bole baca pikiran ko la CK. Kan aku ni the undertaker bukan the underwear.

p/s : cabul betul mulut budak2 yg dok gelar aku the wet underwear (spentot basah). Grrrrrr!!!!

united ARAB emirates said...

Biasela pian. Ko tuh kan artis. Paparazzi mamarazzi memangla suke nak mencari modal untuk mengglemerkan n menaikkan rating media diorg. Hikhikhik.
Ke, disebalik gosip murahan itu ade kebenarannya? Jengjengjeng!!
Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri..

mutakamil said...

Overla, tak habis2 ngaku pengerusi Blog Kesayangan Semua (very desperate nak jawatan katanya).

Carrie, ko balik awal sbb nak urus majlis merisik ke? Harap kau jgnlah berkahwin secara rahsia.Jgn risau kitaorg kalau serbu kenduri kau pun tak mkn byk.Kalau tak cukup lauk aku bawak bekal dr rumah muahahahah.Mrasalah perkahwinan diva merangkap usahanita alaf ini.Harus malatopps uolss!!!

The Undertaker said...

wow, mama carrie. Siapakah jejaka bertuah yang berjaya mencuri hati dan mangga mama carrie itu?


p/s : taak sabar nak tgk mama carrie bersanding bawah pokok mangga

Adi Osman said...

Kalau tgk msg si pian...kat ujung mesti ada p/s...apakah itteww?

Pian Spentot kah?