Friday, January 05, 2007

10 Single HITS Pilihan Encik Hacks

Melihatkan kepada posting Dahuzz mengenai senarai ALBUM MELAYU PILIHAN SEPANJANG 2006 , penulis telah dihubungi oleh En. Hacks untuk menyenaraikan lagu-lagu Pilihan beliau. (sibuk je, nak jugak). So terpaksa lah penulis buat posting ini untuk memuaskan hati beliau. Daus jangan ambik hati ye……


10 – Goyang –goyang – Tamila Boys

Lagu berentak dance-hiphop-rap ini merupakan satu-satunya lagu hindi yang catchy dan ‘WORLD’. Tak percaya tanye Presh!!! Goyang-goyang, goyang kepala….Lagu ini agak unik kerana pendekatan penulis lirik cuba mengtamilized kan lagu ini disamping menggunakan Bahasa Melayu untuk menyampaikan mesej agar pendengar sentiasa goyang kepala. Pendek kata, tanpa lagu ini, pasti En. Yaman tidak mampu menghiburkan anak-anak buahnye dan mungkin boleh menyebabkan mengantuk ketika sesi suai fizikal. Betul tak?

9 - Kain Putih – Azriza dan Abg Jaiya bin Abu

Lagu berhantu dan mendayu-dayu (tangkap lentok)ini merupakan lagu tema perjuangan sidang B ketika masing-masing melepaskan penat lelah ketika baru habis’mendayung’ menyeberangi Pulau Pangkor, iaitu ketika modul OBS. Lagu ini menjadi semakin berhantu apabila makin ramai yang menyanyi bersama iaitu ketika azan Maghrib sedang dilaungkan. Cis memang hantu betul penyanyi-penyanyi ini. Betul tak Papa Rock??? (Abg Feros)

8 - Lagu DPA – Bebudak DPA

Lagu ini lagu wajib kepada bebudak DPA. Setiap orang kena hafal lagu ini (ingat tak masa PTD Unggul???). So, nak taknak kena gak la masuk antara senarai lagu HITS. Rentak march disamping liriknya yang bersifat Patriotik boleh menyebabkan pendengar bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tugasan kerja masing2 dengan efisyen. Kira lagu perang PTD la ni kononnya. ” Sentiasa selangkah di hadapan, dijadikan pedoman”.

7 – Khayalan – AP Hairan (SUK Selangor)

Ha, kalau lagu yang tadi goyang kepala, yang ini pastinya ramai yang tidak akan lupa bagaimana AP (atau nama sebenarnya mohd hanafi/suk selangor) menggoyangkan bahunya dengan penuh ghairah dan sexy. Ha ha ha, ala2 Justin Timberlake versi DPA. Uwek!!!! Lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Ruffedge dan kumpulan Anjing Hitam Tulang (Black Dog Bone). Lagu ini telah diberi nafas baru, lebih catchy, rancak dan boleh menggegarkan perut. Auwww....

p/s : AP ade tiga, AP SPED, AP SUK Selangor dan AP MeCD (yg ni perempuan tau).


6 – Diriku Bagaikan Tapak Sulaiman – Elyana featuring bebudak DPA di kolam renang.

Lagu tema bagi kelas renang yang dikendalikan oleh abg misai dan abg tough garang. Bagi perenang2 yang tak berapa pandai berenang dan asyik dok berenang kat tempat cetek dan dok ngabihkan air kolam, ha lagu ini sesuai sangat untuk mereka (termasuk la aku, cisss). Dengan muziknya yang rancak dan ade unsur2 sedih sesuai sangat la kepada perenang2 yang tak pandai nak berenang tu hehehe. Takpe la, lagu ini hanya berada di tangga ke 6.

5 – Lagu Puasa – High Run featuring Kak Anne

Ehm (angkat bakul sendiri)!!! Tak perlu nak kata ape, Cuma lagu ini sememangnya telah menaikkan nama kumpulan ehm dan secara tak sengaja telah menaikkan nama Kak Anne setaraf Anita Sarawak, Sharifah Aini, Sharifah Rahmah dan Rosnah Mat Aris. Dan khabanya, berkat daripada lagu tersebut, ramai yang sudah dapat menghafal niat puasa dengan baik beserta tajwidnya dengan betul. Alhamdulillah.

4 – I Will Follow U (Akak Whoopi dan Sidang A Penggal Ke2)

Satu lagi lagu yang turut menjadi siulan ramai dan kekaguman En Hacks pastinya lagu yg pernah menjuarai Pertandingan Raja Koir yang lalu, I Will Follow U ( Saya akan ikut awak). Akak Whoopi sangat pandai meng’arrange’kan sususan suara dan paduan vokal yang mantap untuk menonjolkan kegagahan suara lelaki-lelaki dan kenyaringan dan kelantangan suara wanitanya. Dikhabarkan diatas aura penyampaian lagu yang begitu berkesan telah menyebabkan satu syarikat telekomunikasi tempatan telah menggunakan lagu tersebut untuk mempromosi produk syarikat tersebut. (Digi kan?)

3 - Semut Merah – Tuan Halim (featuring Tuan Palim bin Sarlan)

Ha, lagu ini bukanlah lagu tema Discovery Channel ataupun Animal’s Planet tetapi adalah satu lagi lagu yang sangat evergreen dendangan 4U2C (dah tak ingat la penyanyi asal die). Dengan liriknya yang menggambarkan tentang sejarah hidup seekor semut, pendengar boleh mengalirkan air mata mendengar betapa sadisnya kehidupan semut tersebut apabila dibandingkan dengan kehidupan hidupan liar yang lain yang lebih selfish dan jahat. Lagu ini sangat sesuai dijadikan panduan untuk memilih isteri yang solehah dan sangat sesuai untuk tontonan umum. Kononnya Tuan Halim telah mewajibkan peserta2 PLKN untuk menghafal lagu ini untuk memberi kesan keinsafan yang mendalam kepada peserta2 tersebut.

2 – Tak Mungkin – Dlloyd

Lagu evergreen ini pastinya mendapat tempat dihati pendengar2 sekalian memandangkan unsur2 nostalgia ketika ber poco-poco ketika modul OBS dan modul Polis. Siapa tidak dapat lupa lenggok menggoda S. Preshanan dan cik mad Mo Far Kor. Lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan R&B Indonesia yang sangat terkenal zaman 70-80an dulu iaitu kumpulan Dlloyd. Fuh, lagu ini memang best giler, rugi tak dengar weh!!! (Lagu faveret Mama Mango dan Mak Arab)

1 – Kiroro (Miraei) – Lagu tema perpisahan kursus DPA

Mendahului senarai lagu paling top ialah lagu Jepun nyanyian Zana (sambil main piano, live lagi tau) . Lagu ini sedih, dengan video clipnya berlatarbelakangkan suasana DPA di samping titisan air mata Zana Jepun mampu meruntun hati penonton. Pergh, Daus pun menangis.... (meraung ye, hehehe). Lagu ini berjudul Kiroro bermaksud ntah, tak tau lak aku, Kinrara kot. Pandai2 la korang refer ngan pencipta liriknya iaitu Zana. Sedih nye lagu ni, isk isk isk.............................

Ha, pueh hati, ko HACKS!!!!

6 comments:

Carrie-Ma said...

hahaha...poyo la ko pian. halo, gym n badminton pecite? lps kawin trus snyp. aritu kemain lg ye nk g...:D

mutakamil said...

Oiii Pian, nak bersaing ke? Poyo lah kau pastu dok jual nama aku 2-3 kali over tau!!!!!!
But good effort lah, hope leh meriah balik blog kita yg terchenta ini.

Adi Osman said...

aku shuker bahce ni..
tatkale kebosanan di epot kk semalam, aku gelak sorang2 bila bache...rasa la orang tengok aku segala...

(*motif? nak cite aku g sabah....)

mutakamil said...

Makhayam tetap tanak kalah walaupun di bawah artikel org lain, over tau!!!Duduk di MOH sudah mampu menyeberang laut katanya, takdelah g JB sajork mcm kat ATMA dulu hik hik...
Uols semua jomla kasi havoc balik blog ni.Kembalilah kita kpd matlamat asal kita dulu.Kerja, kerja jugak havockan blog jgn lupa masuk dlm SKT korang occay:)

mutakamil said...

Oopps lupa, we all nak masukkan dlm carta ni lagu polislah uols.Sangat best tau lagu iteww.Polis sedia berkhidmat, kerna negri dan rakyat, hidup berbahagia, aman sentosa, polis sedia berkhidmat.Lagi best sbb Sidang C 2nd penggal di mana weall menjadi salah sorang partner in crime telah mengvariasikan lagu itu menjadi 3 versi iaitu, versi asal, versi rancak dan versi etnik kreatif katanya. Show semasa mlm penutup telah ditonton dgn penuh teruja oleh abg2 polis iteww, tak caya tanya Mami Terry hik hik

The Undertaker said...

itu ko punye pasal!!! Ko nak lebih2 tanya encik hacks la wei!!!!