NISFU SYAABAN
Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan
Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya
empat-belas haribulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang
penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam
itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-
Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang
dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku
melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak.
Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya
Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku
pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu
daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji
diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina
Aisyah r.a.
"Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg
kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka
yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan
melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun
diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik
sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik
sahaja masuk maghrib).
NISFU SYAABAN & AMALANNYA
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam) Solat sunat nisfu sya'aban, 2
rakaat:
Rakaat 1:Baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2:Baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam)
(1) Selepas Yasin pertama:
Mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
(2) Selepas Yasin kedua:
Mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
(3) Selepas Yasin ketiga:
Mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah
segala yang baik....
* Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
* Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
* Baca surah ikhlas 1000x
* Berpuasalah pada siangnya
3. Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak
22. Antaranya yg termasyhur adalah:
(1) Malam Dimustajabkan Doa
(2) Malam Pembahagian Takdir
(3) Malam Rahmat
(4) Malam Berkat
(5) Malam Pengampunan (Taubat)
(6) Malam Penebusan
(7) Malam Syafaat
(8) Malam Penulisan
(9) Malam Keagungan dan Kemuliaan
(10) Malam Rezeki
(11) Malam Hari Raya Para Malaikat
(12) Malam Penghidupan
Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) :
“Pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit
dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku
perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku
ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan
diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang
berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya..”
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana
amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita
derhaka/berdosa dengan ibubapa kita
* Kepada kaum BAPA, adalah lebih baik jika amalan ini dilakukan secara
berjamaah di dalam keluarga dengan mengumpulkan isteri dan anakanak.
InsyaAllah, mudah-mudahan Allah swt memelihara anda dan
keluarga anda bagi setahun yg akan datang dengan apa yang kalian
pohonkan.
Mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
Mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
Mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah
segala yang baik....
Wallahua'alambissawab and Allah knows best!
Thursday, August 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment