Friday, August 29, 2008

Di Kesempatan Ini....

Di kesempatan ini, sempena menyambut bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak, saya ingin mengambil peluang untuk memohon kemaafan daripada teman-teman yang mengenali diri ini seandainya ada tutur bicara dan tingkah laku yang mengguris hati sama ada yang disedari atau tidak disedari sepanjang tempoh kita berukhuwwah. Sesungguhnya diri ini hanyalah insan kerdil ciptaanNya yang penuh dengan segala kekurangan....Hanya kemaafan yang mampu dihulur dengan harapan ukhuwwah yang terjalin akan terus berpanjangan....

Marilah kita sama-sama berdoa semoga Ramadhan yang akan kita lalui kelak adalah Ramadhan yang lebih baik daripada Ramadhan-Ramadhan yang pernah kita lewati dalam hidup ini. Berdoalah semoga kita berpeluang menjadi insan-insan terpilih untuk bertemu dengan malam penuh kerahmatan, keberkatan dan keampunan iaitu malam LailatulQadar. Semoga kita juga InsyaAllah akan dipertemukan lagi dengan Ramadhan-Ramadhan pada masa akan datang demi untuk merebut kelebihan-kelebihannya. Namun seandainya ditakdirkan Ramadhan ini adalah yang terakhir dalam hidup kita semua, semoga Ramadhan ini akan menjadi yang terbaik dan diterimaNya.

Kullu 'amin waantum bikhoir...wassalam

No comments: