Monday, September 22, 2008

Majlis Berbuka Puasa (Iftar) Sidang B

Assalamualaikum kawan2, rasanya sudah agak lama kita semua warga Sidang B tidak bersua muka. Maklumlah semua sibuk dengan kehidupan masing-masing. Justeru bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini dan sebelum tirai Ramadhan Al-Mubarak ini berlabuh, satu majlis berbuka puasa secara sederhana telah dirancang untuk diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 24 September 2008 (Rabu)
Tempat : Restoran Villageview, Bandar Baru Bangi (lokasi sebelah Petronas, tak jauh dari Yankee's Hut, SOHO, Rimbun Klasik)
Masa Berkumpul : Selewat-lewatnya 06.30 petang, seawal-awalnya 05.30 petang.
Masa Bersurai : Bebas, yang pasti selepas makan dan Solat Maghrib
Kemudahan : Surau dan tandas ada disediakan
Kos : Bergantung kepada tempahan makanan, cadangan adalah kita tontong ramai2 nanti dalam RM10 seorang (kalau bawa pasangan RM20), kalau ada lebih kita dermakan kepada anak2 yatim/masjid ke...

Setakat ini warga sidang B yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir adalah seperti berikut:-

1. CK (tukang tempah)
2. Cik Cipunz (Pencetus idea)
3. Adi (Kelab Penyokong Kuat Idea di atas)
4. Arab (Kelab Penyokong jugak)
5. Syakirah @ Hip Don't Lie (Pompom Girl) + pasangan + Daniel
6. Daus + pasangan
7. Adzim Ateman (bersemangat betul, dari airport terus ke BBB)
8. Tariq (by sms, dia cakap/tulis insyaAllah)

Untuk memeriahkan lagi suasana, digalakkan bawa keluarga tapi paling penting kena bagitau awal2 untuk tempahan tempat duduk ye. Almaklumlah restoran tu orang lain yang punya kan, kena book awal2. Ok, jadi mohon kerjasama kawan2 untuk panjang2kan kpd kawan2 yang lain pasal mini gathering ni untuk mengukuhkan ukhuwwah yang sedia terjalin...Semoga usaha kecil kita ini untuk menjaga nikmat ukhuwwah yang telah dianugerahkan sebelum ini akan dirahmati dan diberkatiNya jua...

Paling penting, pengesahan kehadiran perlu dibuat selewat2nya pada 23hb untuk memudahkan urusan tempahan...pengesahan boleh dibuat dalam blog ini atau sms kpd CK di 0136369823. Nyatakan juga sama ada membawa pasangan @ tidak dan memerlukan penggunaan kerusi baby @ tidak jika membawa keluarga..Wassalam...

2 comments:

Carrie-Ma said...

senarai kehadiran sehingga jam 02.00 ptg:-

1. CK (tukang tempah)
2. Cik Cipunz (Pencetus idea)
3. Adilah (Kelab Penyokong Kuat Idea di atas)
4. Arab (Kelab Penyokong jugak)
5. Syakirah @ Hips Don't Lie (Pompom Girl) + pasangan + Daniel
6. Daus + pasangan
7. Adzim Ateman (bersemangat betul, dari airport terus ke BBB)
8. Fuad JAIS

Adi Osman said...

TARIQ tak dapat hadir.
Maaf sebab kena pergi ke KLIA, menjemput sahabat dari JAKARTA.

Ketibaan jam 1845, jadinya sementara menunggu beg keluar, mungkin jam 2000 baru selesai.

Baik TARIQ makan di KLIA je