Wednesday, November 08, 2006

Berita Sedih ( True Story).... as been told by Kak Pahs

Assalamu'alaikum...
Salam Sejahtera.....
Semoga kawan2 semua sihat-sihat belaka....
K Pah nak sampaikan berita sedih yang telah menimpa keluarga kawan kita, Cik Rusnani bt. Sudin a.k.a Dory.

Pagi tadi, semasa kami sedang mengikuti Kursus Perancangan Projek (6~10 Nov.'06) di INTAN Bkt Kiara, lebih kurang pukul 11.45 pagi, Nani telah menerima panggilan dari kampung di Terengganu. Bapa dan adiknya (tak sure lelaki or perempuan) telah ditimpa kemalangan jalanraya. Ketika kemalangan itu berlaku, her father was sending her adik to school by motorcycle. Tak sempat nak tanya the details of the accident, lagipun, dia tengah terkejut dan sedih....

Nani took 3pm flight back to Terengganu. Till 8.30pm tadi, her father still tak sedarkan diri dan berada di ICU. Thru SMS, she told me that her father's condition is quite bad. Her adik is also warded.

Rakan2 sekelian, marilah kita sama-sama mendoakan yang terbaik buat Nani's father and her adik. Semoga mereka cepat sembuh......

I think it is quite tough for Nani because she is the eldest...........
For anybody who wants to contact her, to give her support or encouragement ( I think this is the time she need it the most...) , this is her hp no.: Rusnani 019-305 2298.

Sekian.
Wassalam..

Ihsan Daripada YG

(Hakcipta Terpelihara)

Monday, November 06, 2006

konvoi kenduri kawen-mawen...

Assalamualaikum kwn2,

sptmana yg kite sedia maklum, dlm mase terdekat ni ade 3 kenduri kawen-mawen sahabat kabilah abasiyah iaitu:

1. zek zukry - 11/11 - cameron highland
2. shah kpkt - 18/11 - kluang
3. pian hairan - 26/11 - banting

so, ni nak nanye la sape yg interested nak pegi pd tarikh2 tersebut. org kate, the more the merrier (ntah btul ke x ni, gasakla...) kan...tlg ye, respon...tq

Sunday, November 05, 2006

advice & help needed

a'kum..

pertanyaan kpd sesiapa yg boleh membantu.

kes:

mak - malaysian
ayah - indonesian
dioarg satu famili mastautin di indonesia..
anak pertama mmg lahir di indonesia.. pasport indonesia..
tapi anak kedua - lahir di msia.. dah register di JPN, msia...
so, by right.. si anak kedua nih warganegara malaysia-lahkan?

persoalannya...
is it possible utk parents tu nak let go status warganegara malaysia anak tu dan nak tukar status anak kedua tu ke warganegara indonesia??

kalau boleh, aper proses/prosedur sepatutnya?
nak gi jumpa sapa?

hope somebody can help me on this bcos the parents.. especially the mother really needs to go back to indonesia a.s.a.p.


tq in advance!

Friday, November 03, 2006

Mari Jayakan Kempen 2 Jam 3 Jam



Ibu Bapa, Pastikan anak-anak anda mengulangkaji pelajaran sekurang-kurangnya.....

2 Jam bagi pelajar sekolah rendah , dan 3 Jam bagi pelajar sekolah menengah!!!!


Mesej ini disampaikan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah....

2 JAM 3 JAM

Anak-anak bermain api
Takut nanti terbakar diri
Kita tegur mereka patuhi
Untuk kebaikan sendiri

Begitu juga pelajaran
Ibu bapa diperlukan
Anak kita berkeliaran
Tidak diberi panduan

Nasib anak-anak kita
Tanggungjawab ibu bapa
Mari belajar bersama di rumah
Sehari dua, tiga jam

Tidak kira kecil dan besar
Walaupun jauh dari bandar
Jika kita tidak sedar
Masa depan kan pudar

Nasib anak-anak kita
Tanggungjawab ibu bapa
Mari belajar bersama di rumah
Sehari dua, tiga jam

Pembangunan jati diri
Persekitaran mempengaruhi
Perhatian harus diberi
Ibu bapa sendiri



GUBAHAN & LIRIK
Dato’ Wah Idris

Thursday, November 02, 2006

Makayam Masuk Putrajaya


Untuk makluman semua smalam 1.11 makayam melaporkan diri kat Parcel E, Kementerian Kesihatan. Walaubagaimanapun makayam duk terapung2 kat library sampai la makayam bosan dan terlentok2 kat situ. Khatamkan sume suratkabo yang ada. Seb baik jurnal perubatan makayam tak khatam. Kalau tak makayam dapat degree doktor tau! Hahaha...

Esok baru dapat unit. Most probably makayam anak masuk spital. Jadi makayam kat spital lak. Wowowo...

Apa pun, tunggu esok la ek. Hari ni makayam balik ke Kem SB melawat askar2 kesayangan makayam.

Untuk semua yang membantu makayam kat KKM, KPM, KTAK smalam, makayam ucapkan trimas.

Wednesday, November 01, 2006

Jejak Ulangtahun :AB Mane & Haze Hare - Kisah PTD 2 Zaman

Hari ini 1 November 2006 Buletin rafting akan menelusuri kembali perjalanan hidup dua PTD dari 2 era berbeza iaitu AB Mane (sebut Abe Me dgn telo Klate) dan Haze Hare yg menyambut ulangtahun kelahiran hari ini.

i. AB Mane - "Usia Hanya Angka"
Pemilik nama lengkap Azman Ismail ini sememangnya dihormti oleh semua.Dengan usia yg menjengah angka 37, beliau sememangnya layak digelar abang kepada kita semua.
Sentiasa tersenyum dan tenang dalam apa jua situasi.AB Mane sering menjadi rujukan dalam byk perkara berdasarkan pengalaman beliau termasuklah hal ehwal rumahtangga (yg ni baru btul, kalau Ajax dan Datuk K(h) tu propa je lebih nnt).

Raut wajah tenang sentiasa terpancar dr wajahnya dan tidak keterlaluan jika dicadangkan pemilik produk Aura Seri (yg gila glamour dgn Azwan Ali tu) mengambil beliau sbg model dan jurucakap.Telah berumahtangga dan mempunyai beberapa org cahayamata termasuk yg dilahirkan baru-baru ini. AB Mane tidak pernah berasa menyesal memulakan khidmat PTD di usia agak senja."Deknon, usia hanya angka.Abg tak rasa menyesal masuk servis lambat janji abg perform dan abg ikhlas berkhidmat utk negara" ujar beliau ketika ditanya perasaannya.

AB Mane mengucapkan terima kasih kpd adik2 PTD khususnya Adik Jaiya Abu kerana tidak pernah meminggirkan warga emas spt beliau dlm apa jua program.Pd awalnya, beliau meramalkan kehidupan penuh kebosanan kerana terpaksa bergaul dgn golongan muda yg layak dipanggil adik(bukan adik2 tau), tapi akhirnya dgn sokongan semua, beliau rasakan satu keseronokan luar biasa."Abe ghaso mudo balik, buleh la pah ni nk bukok cawange" ujar beliau dlm loghat Klate yg nakal.

ii. Haze Hare Enggan Perdagangkan Wajah Untuk Berjaya
Jika AB Mane menyambut ulangtahun ke 37, Haze Hare atau mesra disapa Boboy menyambut ulangtahun ke 27.Raut wajah keanak-anakan yg dimilikinya menyebabkan ramai menyangka usianya sebaya remaja sekolah.

Ketika di sapa soalan ttg wajah 'childish' itu, Boboy hanya tersenyum manja namun kemudian menegaskan "saya akan berubah imej, mungkin akan celorengkan skit muka saya kasi nampak ganas, muaklah org asyik cakap muka mcm budak2". Boboy juga menjelaskan dia tidak pernah memperdagangkan wajah cute nya utk mendapat apa jua anugerah dan penghargaan, sebaliknya kejayaan yg dikecapi adalah hasil usaha gigih tanpa mengenal erti jemu.

Disapa soalan sikap playboynya.Boboy hanya tersengih seraya berkata "Rasanya sempena usia meningkat ni, nak bertaubatlah.Housemate sorang dah kawin, sorang lagi dah nak kawin, saya pun kenalah cepat2 kawin.Sesiapa yg berminat dgn saya hantarlah rombongan meminang".Boboy menjelaskan kriteria wanita idaman adalah yg solehah bersesuaian title beliau sbg ex-KISAS(sekolah sapa tatau).Beliau juga mendambakan wanita yg pandai memasak dan pandai mengurut supaya senang hidupnya nanti.

Kedua2 mereka mengucapkan Salam Syawal Maaf Zahir dan Batin kepada pembaca Buletin Rafting. Buletin rafting mengharapkan kedua2 individu istimewa ini beroleh kebahagiaan di usia baru ini.Harapan kami semoga mereka berdua sentiasa Ingatkan Allah dan tidak terjebak dalam gejala sosial yg memudaratkan keselamatan masyarakat.